Resepi Ikan Patin Masak Asam Tempoyak



Dulu masa muda remaja jangan haraplah nak masuk dapur masak ni. Rasa macam susah dan leceh je masak ni. Siap berangan nanti tak nak lah masak

Tapi bila dah ade BF mula la blaja masak yang simple. Buat Sardin pun rase cm WOW aku masak. Hebat dah tu . haha. lawak betul

Bila dah kawin, jadi tak bermnat nak makan luar, masak sendiri je. Pak Google memang jadi peneman untuk cari resepi nak masak

dan lama-lama, cakap je nak masak apa. Insya Allah boleh je buat ikot sedap tekak kita. resepi dalam Google just as guidline then ubah utk tekak kita plak.

Dan kita kena faham yang resepi ni ada banyak version tau. So jangan la berlagak nau kalu resepi ko lain tapi orang lain cam lain. Lain orang lain cara masaknya nyer.

Sekarang fiza nak share cara buat "Ikan Patin Masak Tempoyak"



Bahan-Bahannya:
Ikan Patin : 1 ekor
Bawang Merah :1 biji *
Bawang Putih : 3 ulas *
Cili padi  : 5-6 biji (ikot pedas) *
Kunyit Hidup : 1 inci*
Tempoyak : 1 plastik kecik *
Timun tua : 1 biji
Serai : 1 batang-ketuk
Daun kesum : 1 ikat
Garam Gula  : sesuai rasa
Air : 2 cawan (Ikot kepekatan)

Cara-cara masak
1. Blend bahan bertanda * dan masukkan dalam periuk dan tambah sedikit air 
2. Masukkan serai ketuk
3. Biar mengelegak dan masukkan Timun Tua dan Ikan Patin (Api sederhana sahaja supaya ikan tak hancur)
4. Dah mengelegak sekali lagi boleh masukkan Daun Kesum dan perasakan garam gula
5. tunggu sedikit pekat dah boleh tutup api dan Siap!!!

Mudah sangat nk buat tau

Tips:
Nak buang hanyir ikan patin dengan lumur tepung gandum pada ikan dan cuci. Buat sehingga lendir ikan hilang.

Kalu Tak cukup rasa tempoyak boleh tambah lagi atau nak tambah Asam keping untuk lebih masam

Jika nk lagi pekat boleh keluarkan ikan dahulu supaya ikan tak hancur kalu masak lama


Semoga perkongsian ni berguna ye

Post a Comment

0 Comments