13 Tip Berpantang sendiri



Assalamualaikum..


Bukan mudah jika kena berpantang sendiri. Lebih lebih lagi jika ada anak yang lain perlu dijaga dalam masa yang sama.


Untunglah bagi yang ada emak lagi. Boleh import datang dan tinggal dengan kita. Bagi yang sudah tiada ibu lagi, tentu buntu fikiran, tidak tahu mahu buat macam mana. Mungkin ada yang masih mempunyai ibu, tetapi sudah tidak kuat. Tidak sampai hati rasanya ingin minta tolong.


Bagi yang ada mertua pula, mungkin segan silu kerana tidak biasa. Apa tidaknya, walaupun ibu kepada suami sendiri, tidak sama macam emak kita sendiri.


Bagi yang bakal berpantang sendirian, nasib baik ada yang sudi kongsikan pengalaman mereka. Ini gabungan tips berpantang sendiri yang boleh dicuba:


1. KUATKAN MENTAL

Jerit kuat-kuat dalam hati, “Aku boleh pantang sendiri”. Percaya pada diri sendiri, jangan bersikap lembik.


2. BANGUN AWAL


Awal bukannya pukul 7-8 pagi. Awal seperti waktu Subuh, jam 5-6 pagi. Segarkan diri dengan mandi air panas.


3. BELAJAR PAKAI BENGKUNG

Ini agak tragis jika tiada siapa yang membantu. Untuk kalau ada suami yang sudi membantu. Jika tidak, belajar-belajar pakai bengkung sendiri. Jangan lupa pakai stokin dan Minyak panas
Bengkuk tu ikat ketat-ketat supaya peranakan tak jatuh ketika buat kerja


4. MASAK SARAPAN RINGKAS

Kalau suami ringan tulang, tanpa disuruh, dia akan bantu serba-sedikit. Kalau tidak, terpaksalah kita masak untuk keluarga.

Selepas siap mandi, agak-agak dalam jam 7 pagi, siapkan bahan untuk masak sarapan pagi. Untuk yang sudah ada anak yang sudah masuk tadika atau bersekolah, gagahkan diri untuk sediakan untuk mereka juga.

5. SEDIAKAN BAJU ANAK

Jangan selepas mandi baru tergagau-gagau cari baju baby. Siapkan awal dan letak satu tempat. Kalau baby masih tidur lagi, rehat sebentar.

6. MANDIKAN ANAK

Bayi selalunya tidur agak lama. Lebih kurang jam 9, mandikan anak dengan air yang hangat-hangat. Tunjukkan suami, bagaimana mandikan anak. Nanti bila ada masa terluang, dia boleh cuba juga.

Bagi yang tiada water heater, suami boleh jerang air dulu. Masukkan dalam besen, bagi suam-suam kuku. Jangan panas sangat.

7. MINUM PAGI

Jika apa yang kita masak untuk keluarga tadi, tidak boleh dimakan, bertabahlah dengan makan roti atau biskut. Janji perut tidak masuk angin.

8. SUSUKAN BAYI

Bagi yang breastfeed baby, selalu anak akan lekat lama. Kadang-kadang, boleh cecah 1 jam menempel. Lebih kurang jam 11 pagi, anak akan tidur semula.

9. MASAK LAUK TENGAHARI

Masak lauk pantang yang ringkas-ringkas sahaja. Jika tidak tahu menu apa, cuba resepi makanan selepas berpantang ini. Biasanya, akan ambil masa 1 jam. Selepas siap, enjoy makanan sementara anak masih tidur.

10. CARI TUKANG URUT LEPAS BERSALIN

Ini sangat penting, jika blur dan tidak tahu apa-apa langsung. Lebih-lebih lagi kalau anak pertama. Cuba cari tukang urut yang ada pakej boleh masak sekali. Kalau beli lauk, boleh terus siang dan minta dia masak.

11. HANTAR DOBI

Kalau ada ramai anak, basuh, sidai dan lipat kain baju tentu sekali menjadi satu cabaran yang sangat besar. Untuk meringankan beban, minta suami hantar basuh dan keringkan sekali di kedai dobi layan diri yang berhampiran.

12. CARI PART-TIME MAID

Rumah tidak bersapu dan bermop? Badan penat sangat sampai tidak larat? Inilah masanya untuk cari part-time maid yang mudah didapati sekarang. Bagi yang sudah ada live-in maid, lebih mudah kerja.

13. MAKAN SUPPLEMENT TAMBAHAN

Ketika Berpantang kita perlu guna Tenaga dan Emosi kena kawal

Paling penting untuk pastikan supaya badan sentiasa cergas nak uruskan apa yang patut dan Tidak Stress sampai meroyan

Kalu Fiza memang ambil Set Berpantang Shaklee untuk keperluan paling OPTIMUN tau

Semua tips berpantang sendiri ini dapat memberikan manfaat. Anda berpantang 44 hari atau berpantang 100 hari? Atau ada apa-apa lagi tips berpantang sendiri selepas bersalin yang kami belum senaraikan?





JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
💋 Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
💋 Semulajadi
💋 Berkesan
💋 Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
💋 Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.


MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.


PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.


PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.


NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
💋 Belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
💋 Belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1256106)


Hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6013 346 1846 (Fiza Mahmod) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya


Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda?

Klik imej dibawah.







Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat.


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain?
Jom sertai team business kami, yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Fiza


Hubungi Fiza untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.


Rakan Shaklee Anda

Fiza Mahmod

SMS/WhatsApp : +60133461846
Personal FB : Puan Fiza
Instagram: @cantiksihatfiza






Post a Comment

0 Comments